PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan di sini, yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta dihadapi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, dikembalikan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, untuk tindakan lanjut.
Ia susulan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail, membuat keputusan secara sebulat suara, membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkenaan, atas empat tuduhan rasuah terbabit.
Muhyiddin, 77, selaku pemohon, memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company, dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.
Menerusi notis usul permohonan itu, Ahli Parlimen Pagoh tersebut memohon mahkamah menyemak keputusan yang telah disampaikan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azmi Ariffin dan Datuk SM Komathy Suppiah pada 28 Februari lalu.
Pada hari berkenaan, rayuan responden telah dibenarkan yang mana keputusan Mahkamah Tinggi pada 15 Ogos 2023 telah diketepikan.
Bekas Perdana Menteri ini memohon untuk mengetepikan keseluruhan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengembalikan perintah yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi.
"Alasan-alasan bagi menyokong notis usul ini telah dihuraikan dalam afidavit pemohon, yang mana keputusan tersebut adalah tidak sah dan/atau menyalahi undang-undang.
"Ini kerana, ia dibuat tanpa bidang kuasa seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 50(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964," kata notis berkenaan.
Pada 28 Februari, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan permohonan pendakwa raya, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan kes salah guna kedudukan untuk suapan RM232.5 juta bagi Parti Bersatu, pada 15 Ogos tahun lepas.
Muhyiddin, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi parti berkenaan.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Pemimpin Bersatu itu juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.
Muhyiddin juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas tahun lepas atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 28 2024
Muhyiddin memohon untuk mengetepikan keseluruhan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengembalikan perintah yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi. - Gambar fail
Perselisihan faham punca pusat hiburan dibaling bom petrol - Polis
Perselisihan faham melibatkan perniagaan dikenal pasti sebagai punca kejadian sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dibaling bom sehingga menyebabkan kebakaran pada 9 Mei lepas.
Khairil Aslan mulakan kayuhan solo, latihan untuk tawan dataran ais Irkutsk, Rusia
Khairil Aslan memulakan kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia sebagai latihan intensif untuk menjayakan Ice Storm Russia Expedition.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Lesen buru buaya di Sabah dibuka sepanjang tahun
Lesen memburu buaya dibuka sepanjang tahun oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi mengimbangi populasi haiwan tersebut di negeri ini.
Berita baik untuk usahawan kecil dan sederhana di Malaysia! #JelajahJiwaSME #JiwaSME2024
Berita baik untuk usahawan kecil dan sederhana di Malaysia!
Dapatkan penyelesaian dan transformasi digital, strategi pemasaran dan meningkatkan keupayaan mendapat pembiayaan dan suntikan dana untuk mengembang bisnes anda.
Khusus untuk anda di Jiwa SME 2024!
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran www.jiwasme.com.my
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024
Dapatkan penyelesaian dan transformasi digital, strategi pemasaran dan meningkatkan keupayaan mendapat pembiayaan dan suntikan dana untuk mengembang bisnes anda.
Khusus untuk anda di Jiwa SME 2024!
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran www.jiwasme.com.my
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024
Polis tahan Rajesh Kapoor curi barang kemas penumpang dalam 200 penerbangan
Seorang lelaki di India ditahan kerana disyaki mencuri barang kemas dan barang berharga lain daripada penumpang pesawat semasa 200 penerbangan yang dinaikinya sejak tahun lepas.
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.
EPL: Jurgen Klopp renung Anfield menjelang aksi terakhir bersama Liverpool
Jurgen Klopp dilihat melayan perasaannya di Anfield menjelang aksi terakhirnya sebagai pengurus Liverpool.
Google Gemini boleh jadi pemandu pelancong dengan langganan premium
Ciri ini adalah lebih maju dan hebat berbanding pemalam Google Flights pada Gemini.
Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan menggesa semua persatuan sukan memastikan atlet bernaung di bawahnya mendapatkan perlindungan Perkeso.
Sudah tiba masa Muhyiddin, Hadi berundur - Zaid Ibrahim
Kekalahan di PRK KKB jadi pengajaran buat PN agar menukar pemimpin mereka yang sudah sangat tua, bukan hanya dari segi umur tetapi juga idea.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
Mahkamah benar Muhyiddin dapat sementara pasport lawat kakak di Australia
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan beliau melawat kakaknya yang menghidap kanser di Australia.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah - Fahmi
Katanya, Muhyiddin gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya yang menghilangkan diri untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan.